Search This Blog

Tebusan


for enquiriy & full script: 
Contact : penulislayar@gmail.com
H/P : 016-9170302

TEBUSAN
by: wanhassandahlan
copyrighted

Fareez baru sahaja keluar daripada penjara dan ingin memulakan kehidupan baru bersama anak dan isterinya. Dengan bantuan seorang anggota polis bernama Rose, dia telah diterima bekerja dengan seorang ahli perniagaan yang baik hati bernama Datuk Tajuddin. Setelah beberapa lama bekerja dan melupakan kisah hidupnya yang lampau, ketua kumpulannya dahulu Tango muncul mempelawanya kembali ke dalam kumpulan mereka. Fareez enggan menerima pelawaan bekas ketuanya itu.

Suatu hari ketika pulang dari bekerja, Fareez terlihat beberapa orang samseng sedang memukul isteri dan melarikan anaknya. Samseng tertembak isteri Fareez di dalam pergelutan cuba menyelamatkan diri. Fareez cuba menyelamatkan isterinya tapi sayang telah terlambat. Beberapa orang saksi yang melihat kejadian itu nampak seakan-akan Fareez yang membunuh isterinya kerana tiba agak lewat di tempat kejadian.

Bermulalah babak aksi di mana Fareez terpaksa mengikut arahan Tango demi menyelamatkan anaknya yang menjadi tebusan. Fareez terpaksa melakukan berbagai jenayah atas arahan Tango. Dalam pada masa yang sama, Fareez juga diburu oleh pihak polis atas tuduhan membunuh isterinya.

Atas bantuan Rose dan Datuk Tajuddin yang yakin bahawa Fareez tidak melakukan kesalahan itu, Fareez akhirnya berjaya mendapatkan kembali anaknya dan sekaligus berjaya menumpaskan sindiket kongsi gelap di bandaraya besar Kuala Lumpur. Fareez dan anaknya meneruskan kehidupan mereka berdua tanpa isteri dan ibu kepada anaknya. Datuk Tajuddin pula membongkar segala misteri hidupnya dan menemui kembali anaknya yang telah lama terpisah ketika beliau belum bergelar hartawan. Beliau menyerahkan segala harta dan kekayaannya kepada pewaris tunggalnya iaitu Fareez.

TAMAT
for enquiriy & full script: 
Contact : penulislayar@gmail.com
H/P : 016-9170302


TEBUSAN SCENE TREATMENT
Babak : 1
Masa : (Luar) Malam
Lokasi : Kawasan belakang kedai
Watak : Lelaki misteri / Perempuan Misteri / 4 orang extra
Lakon Layar: Seorang lelaki sedang melarikan diri sambil memimpin tangan isterinya yang sedang sarat mengandung. Tunjukkan kaki-kaki mereka berdua sahaja melangkah sambil berlari tanpa mengetahui siapa mereka berdua. Beberapa orang pemuda sedang mengejar mereka dari belakang dengan perasaan marah. Lelaki dan perempuan yang sarat mengandung bersembunyi di tempat pembuangan sampah. Beberapa orang lelaki yang sedang mengejar melintasi tempat persembunyian mereka. (Cut to Opening Credit)

Babak : 2
Masa : (Dalam) Siang
Lokasi : Dewan Makan Penjara
Watak : Fareez/Lee/Extra banduan yang sedang makan
Lakon Layar: Fareez & Lee beratur mengambil makanan. Fareez duduk di salah sebuah meja diikuti oleh Lee di belakangnya. Seorang banduan yang sedang membawa makanan terlanggar Fareez dan terjatuh. Makanan bertaburan di lantai. Fareez & Lee bangun. Banduan pandang Fareez dengan marah. Fareez bangunkan banduan dan bagi makanannya. Banduan terus pergi bawa makanan. Semua banduan perhatikan dan Boo kepada Fareez. Fareez agak bengang dan Lee sabarkan Fareez. Mereka berdua kembali ke meja dan berkongsi makanan.

Babak : 3
Masa : (Dalam) Malam
Lokasi : Bilik Penjara
Watak : Fareez/Lee
Lakon Layar: Fareez baring di atas katil dalam bilik penjara sambil menatap gambar isteri dan anaknya. Bercakap-cakap dengan gambar. Kamera Pan ke dinding menunjukkan Fareez ada membuat calitan di dinding berapa lama masa dia berada di dalam penjara. Lee meminta gambar. Fareez beri gambar pada Lee. Lee beritahu Fareez bertuah kerana dapat isteri cantik dan anak yang comel. Lee minta supaya Fareez jangan masuk lagi ke dalam penjara dan keluar sebagai manusia berguna. Fareez berjanji akan berubah dan mahu bina hidup baru. Lee senyum.

Babak : 4
Masa : (Dalam) Siang
Lokasi : Pejabat Penjara
Watak : Ketua Penjara/Warden penjara
Lakon Layar: Ketua penjara melihat laporan tentang Fareez. Warden memberikan ulasan tentang Fareez. Mereka berdua berbincang. Ketua Penjara menurunkan tandatangan dan membenarkan Fareez dibebaskan. Kamera Close-up kepada bekas cop pada buku laporan “DIBEBASKAN”. Warden mengambil buku laporan dan beredar.

Babak : 5
Masa : (Dalam) Malam
Lokasi : Pejabat Datuk Tajuddin
Watak : Rose/Datuk Tajuddin
Lakon Layar: Rose sedang berbincang dengan Datuk Tajuddin tentang Fareez. Rose memberitahu kepada Datuk Tajuddin bahawa Fareez adalah salah seorang ahli kongsi gelap yang boleh dipercayai. Fareez juga seorang yang cekap dan tangkas di dalam menjalankan tugas. Amat sesuai untuk dijadikan pengawal peribadi. Datuk Tajuddin bersetuju untuk menerima Fareez bekerja atas jaminan daripada Rose. Datuk Tajuddin merenung gambar Fareez yang Rose berikan.

Babak : 6 (Flashback)
Masa : (Dalam) Siang
Lokasi : Bilik pelawat Penjara
Watak : Fareez/Melissa/Harris bayi
Lakon Layar: Melissa melawat Fareez di penjara sambil memegang Harris yang baru berumur 2 bulan. Fareez menitiskan airmata melihat anaknya yang comel. Fareez berjanji kepada Melissa apabila keluar dari penjara, dia tidak akan menjadi samseng dan ahli kongsi gelap lagi. Melissa berikan gambarnya bersama Harris. (Cut to bilik penjara Fareez).

Babak : 7
Masa : (Dalam) Siang
Lokasi : Bilik Penjara
Watak : Fareez/Lee/Warden Penjara
Lakon Layar: Fareez terkejut daripada lamunan apabila pintu bilik tahanannya di buka. Gambar yang Fareez pegang terlepas dan jatuh ke lantai. Kamera Close-up gambar. Warden ambil gambar dan tengok. Warden Tanya Fareez gambar siapa. Fareez beritahu gambar isteri dan anaknya. Fareez ambil gambar dan simpan dalam kocek baju. Warden serahkan surat. Fareez baca dan gembira. Dia di bebaskan. Fareez terus peluk Lee yang dari tadi hanya memandang. Air mata Lee mengalir ketika memeluk Fareez. Lee menasihati Fareez agar jangan lagi kembali ke penjara. Fareez Berjanji. Mereka berjabat tangan. Fareez dan Warden meninggalkan Lee.

Babak : 8
Masa : (Dalam) Malam
Lokasi : Pejabat Tango
Watak : Tango/Nadia/Ah Chai/Lucas/ 2 orang Bodyguard
Lakon Layar: Tango dan orang-orangnya sedang mengira sejumlah wang. Ah Chai dan Lucas masuk. Ah Chai memberitahu bahawa Fareez akan keluar dari penjara. Tango mahu Ah Chai dan Lucas pujuk Fareez masuk balik ke dalam kumpulan mereka. Close up ke muka Nadia yang tersenyum mendengar Fareez akan dibebaskan.

Babak : 9 (Flashback)
Masa : (Dalam) Malam
Lokasi : Sebuah klinik
Watak : Fareez/ Nadia/Melissa/Doktor
Lakon Layar: Fareez menemani Nadia yang cedera parah ditembak. Doktor dan jururawat di klinik tidak mahu membantu mereka. Fareez terpaksa mengeluarkan pistol dan mengugut akan membunuh. Fareez memeluk Melissa dari belakang dan mengacukan pistol di leher Melissa. Melissa menanggis ketakutan. Akhirnya doktor terpaksa mengeluarkan peluru di perut Nadia. Nadia terus tertidur keletihan.

Babak : 10
Masa : (Luar) Siang
Lokasi : Hadapan Penjara
Watak : Fareez/Melissa/Harris Dewasa/Pemandu Teksi/Rose
Lakon Layar: Fareez keluar daripada penjara. Melissa bersandar di teksi. Harris berlari mendapatkan Fareez dengan bunga ditangannya. Fareez dan Harris berpelukan. Fareez mendukung Harris dan berjalan ke arah Melissa. Mereka bertiga berpelukan. Mereka bertiga masuk ke dalam teksi. Teksi mahu berjalan tetapi tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapan teksi dan menahan teksi mereka. Seorang wanita keluar dan mengenalkan diri sebagai anggota polis. Dia meminta Fareez, Melissa dan Harris masuk ke dalam keretanya. Fareez, Melissa & Harris masuk ke dalam kereta Rose. 
for enquiriy & full script: 
Contact : penulislayar@gmail.com
H/P : 016-9170302

Babak : 11
Masa : (Dalam) Malam
Lokasi : Rumah teres
Watak : Rose/Fareez/Melissa/Harris
Lakon Layar: Melissa membawa Fareez dan keluarganya ke sebuah rumah. Rose memberitahu bahawa Fareez telah mendapat pekerjaan dengan seorang hartawan yang bergelar Datuk. Rumah itu adalah rumah untuk Fareez dan keluarganya tinggal. Rose berjanji bahawa Fareez dan keluarganya akan selamat di rumah itu. Fareez agak kebinggungan tetapi redha memandangkan dia belum mendapat pekerjaan, demi masa depan dan keselamatan keluarganya.

Babak : 12
Masa : (Dalam) Siang
Lokasi : Bilik Pejabat Datuk Tajuddin
Watak : Fareez/Rose/Datuk Tajuddin
Lakon Layar: Fareez dan Rose duduk di dalam pejabat Datuk Tajuddin. Datuk Tajuddin masuk dan memperkenalkan diri. Fareez diberikan tugas untuk menjadi pengawal peribadi atas pengalaman dan kecekapannya. Datuk Tajuddin mengarahkan Fareez mengawalnya setiap masa. Fareez menerima dan mengucapkan terima kasih kepada Datuk & Rose.

Babak : 13 (Intercut babak 12)
Masa : (Luar/Dalam) Siang
Lokasi : Rumah Fareez
Watak : Melissa/Harris/2 orang lelaki misteri
Lakon Layar: Sebuah kereta berhenti di hadapan rumah Fareez. Seorang lelaki keluar dan menghampiri pagar rumah Fareez. Lelaki Misteri menekan loceng rumah. Melissa dari dalam rumah sedang mengajar Harris membaca. Melissa membuka pintu dan melihat orang di luar. Lelaki bertanya rumah siapa. Melissa tak jawab, takut dan terus masuk dan kunci pintu dan tingkap. Melissa juga merapatkan langsir tingkap.

Babak : 14 (Intercut babak 13)
Masa : (Dalam) Siang
Lokasi : Pejabat Datuk Tajuddin
Watak : Fareez/Rose/Datuk Tajuddin/Staff Pejabat
Lakon Layar: Datuk Tajuddin memperkenalkan Fareez kepada staff-staff di pejabatnya. Fareez bersalaman dengan semua pekerja Datuk Tajuddin. Datuk Tajuddin mengarahkan Fareez agar bersedia dengan tugasan esok. Fareez berjanji akan datang awal keesokan harinya. Fareez dan Rose keluar dari Pejabat Datuk Tajuddin.

Babak : 15
Masa : (Dalam) Siang
Lokasi : Depan Pejabat Datuk Tajuddin
Watak : Fareez/Rose
Lakon Layar: Rose membawa Fareez ke tempat letak kereta. Rose menyerahkan kunci kereta kepada Fareez. Datuk Tajuddin memberikan sebuah kereta kepada Fareez untuk kemudahannya datang ke tempat kerja. Fareez agak gembira dengan kereta barunya. Fareez amat berterima kasih kepada Rose kerana sudi menerimanyanya kembali ke dalam masyarakat walaupun dahulu dia adalah sampah masyarakat.

Babak : 16
Masa : (Luar) Malam
Lokasi : Rumah Fareez
Watak : Fareez/Melissa/2 orang lelaki
Lakon Layar: Fareez sampai di hadapan dan memberhentikan kereta. Fareez buka pagar dan masukkan kereta. Melissa membuka pintu dan melihat kereta Fareez. Fareez beritahu Datuk Tajuddin bagi kereta untuk mereka sekeluarga. Melissa beritahu Fareez tadi petang ada dua orang dalam kereta tengok-tengok rumah mereka. Fareez terus ajak Melissa masuk ke dalam rumah dengan tergesa-gesa. Sebuah kereta berhenti berhampiran rumah Fareez. 2 orang lelaki misteri melihat ke arah rumah Fareez. Salah seorang mengeluarkan Handphone dan mendail satu nombor. Skrin handphone tertulis “Big Boss”.

Babak : 16-A (Intercut)
Masa : (Dalam) Malam
Lokasi : Pejabat Tango
Watak : Tango/Nadia/2 orang lelaki bodyguard
Lakon Layar: Tango sedang memberikan arahan kepada orang-orangnya. Handphone Tango berbunyi. Di skrin tertulis nama “Ah Chai”. Tango angkat dan berbual dengan Ah Chai. Ah Chai mengesahkan bahawa rumah yang mereka perhatikan memang betul rumah Fareez. Tango memberikan arahan-arahannya.

Babak : 16-B (Intercut)
Masa : (Luar) Malam
Lokasi : Rumah Fareez
Watak : Ah Chai / Lucas
Lakon Layar: Ah Chai hanya mengganggukkan kepala. Ah Chai mematikan telefon dan mengajak Lucas meninggalkan rumah Fareez. Kereta mereka bergerak out frame.

Babak : 17
Masa : (Dalam) Siang
Lokasi : Kedai Makan
Watak : Fareez/Ah Chai/Lucas
Lakon Layar: Fareez sedang makan tengahari di sebuah restoran. Ah Chai dan Lucas datang dan memaksa Fareez kembali kepada kumpulan mereka. Fareez tidak mahu. Ah Chai memaksa dan menunjukkan pistol di dalam bajunya. Fareez dengan kecekapannya berjaya merampas pistol dari dalam baju Ah Chai. Fareez menyimpan pistol Ah Chai di dalam bajunya. Ah Chai dan Lucas bangun dan meninggalkan Fareez. Fareez panggil Ah Chai dan Ah Chai kembali ke meja Fareez. Fareez keluarkan tempat peluru dan campakkan semula pistol. Ah Chai ambil pistol dengan pantas dan sembunyikan semula dalam baju. Mereka berdua terus keluar. Fareez hanya memandang mereka berdua pergi.

Babak : 17-A
Masa : (Luar) Siang
Lokasi : Tempat Letak kereta Kedai Makan
Watak : Ah Chai/Lucas/Datuk Tajuddin
Lakon Layar: Datuk Tajuddin keluar dari kereta dan kuncikan kereta. Dia membawa beg bimbit dan berjalan menuju ke kedai makan. Ah Chai dan Lucas berjalan dan terlanggar Datuk Tajuddin. Datuk Tajuddin terjatuh. Ah Chai dan Lucas memandang sahaja Datuk Tajuddin yang terjatuh. Lucas genggam baju Datuk Tajuddin dan mahu menumbuknya. Ah Chai menahan dan mereka meninggalkan Datuk Tajuddin yang kesakitan akibat terjatuh.

Babak : 17-B
Masa : (Dalam) Siang
Lokasi : Kedai Makan
Watak : Datuk Tajuddin/Fareez
Lakon Layar: Datuk Tajuddin masuk ke dalam restoran sambil menggosok-gosok dadanya. Apabila nampak Fareez di dalam, Datuk Tajuddin buat-buat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Datuk Tajuddin menyertai Fareez yang sedang makan. Mereka berdua terus makan. Fareez agak muram. Datuk Tajuddin bertanya. Fareez memberitahu bahawa kumpulan lamanya mahukan dia kembali kepada mereka. Datuk Tajuddin menasihati dan berjanji akan menjaga Fareez. Fareez mengucapkan terima kasih. Wajahnya kembali ceria. Datuk Tajuddin terpandang cincin di jari Fareez bertanda “T”. Datuk Tajuddin Tanya mana dapat cincin. Fareez beritahu ayahnya beri semasa kecil. Datuk Tajuddin menggangguk tetapi wajahnya seperti teringat sesuatu. Datuk Tajuddin pandang Fareez dan terus mengelamun.

Babak : 18 (Flashback)
Masa : (Luar) Malam
Lokasi : Depan Kedai
Watak : Datuk Tajuddin muda/Salmah/Fareez Kecil
Lakon Layar: Tajuddin melarikan diri bersama isterinya Salmah yang sedang sarat mengandung. Tiba-tiba Salmah sakit perut yang amat sangat mahu melahirkan anak. Tajuddin dan Salmah terpaksa bersembunyi di sebalik longgokkan sampah. Sewaktu bersembunyi Salmah melahirkan seorang bayi lelaki. Tajuddin terpaksa menutup mulut Salmah yang tidak henti-henti menjerit akibat sakit yang amat sangat. Beberapa orang pemuda melalui kawasan tempat Tajuddin bersembunyi. Selepas pemuda-pemuda yang mengejar pergi, Salmah menghembuskan nafas terakhirnya. Tajuddin menanggis melihat kematian isterinya begitu menyedihkan. Tajuddin menutup mayat Salmah dengan baju dan membawa bayinya yang masih bersalut darah dari tempat persembunyian. Cut to Kedai Makan.

Babak : 19
Masa : (Luar) Siang
Lokasi : Kedai Makan
Watak : Datuk Tajuddin/Fareez
Lakon Layar: Datuk Tajuddin tersedar dari lamunan. Fareez masih lagi makan tanpa menghiraukan Datuk Tajuddin yang dari tadi hanya memerhatikannya. Datuk Tajuddin memerhatikan Fareez makan dengan sayu. Datuk Tajuddin cuba untuk membelai kepala Fareez. Fareez membangunkan kepalanya dan tersentuh tangan Datuk Tajuddin. Fareez menegur datuk Tajuddin. Datuk Tajuddin meminta maaf kerana kononnya mahu mengambil uban di kepala Fareez. Fareez tersenyum dan mengatakan dia semakin tua. Datuk Tajuddin hanya mengganguk sahaja. 
for enquiriy & full script: 
Contact : penulislayar@gmail.com
H/P : 016-9170302

Babak : 20
Masa : (Dalam) Malam
Lokasi : Rumah Fareez
Watak : Fareez/Melissa/Harris
Lakon Layar: Harris sedang bermain permainan video di televisyen. Fareez & Melissa memerhatikan. Fareez menegur Harris yang asyik bermain. Harris mencabar bapanya bermain sekali dengannya. Fareez turut sama bermain. Melissa memandang dengan senyuman sahaja. Melissa bangun dan meminta Harris tidur awal kerana esok pagi harus ke sekolah. Harris masih mahu main dan Fareez suruh Melissa tidur dulu. Fareez dan Harris meneruskan permainan. Melissa menuju ke dalam bilik.

Babak : 21
Masa : (Dalam) Malam
Lokasi : Restoran
Character : Tango/Ah Chai/Lucas/Robert/1 orang lelaki bodyguard Robert
Lakon Layar: Robert sedang makan di sebuah restoran cina. Tango sampai dengan Ah Chai & Lucas. Robert menawarkan Tango untuk membunuh Linggam. Tango setuju kerana orang kanannya Fareez boleh buat kerja yang Robert suruh. Robert sebut harga tapi Tango tak setuju. Mereka berbalah dan Ah Chai keluarkan pistol. Bodyguard Robert lebih pantas dan berjaya menewaskan Ah Chai & Lucas hanya dengan beberapa pukulan. Tango yang ketakutan akibat diugut oleh Robert bersetuju dengan harga yang ditawarkan. Robert bagi duit pendahuluan.

Babak : 22
Masa : (Luar) Siang
Lokasi : Depan Sekolah Tadika
Watak : Melissa/Harris/Nadia/Ah Chai/Lucas
Lakon Layar: Melissa sedang menunggu Harris di hadapan pintu pagar Tadika. Dari jauh kelihatan kereta sedang memerhatikannya. Di dalam kereta, Nadia, Ah Chai dan Lucas sedang menunggu. Harris keluar dan mendapatkan Melissa. Melissa pimpin tangan Harris dan berjalan. Harris Tanya Melissa kenapa Fareez tidak mengambilnya hari itu. Melissa memberitahu bahawa dia ingin buat kejutan kerana hari itu hari jadi Fareez. Kereta Nadia sampai. Nadia menghampiri Melissa. Nadia bercakap dengan Melissa. Melissa mula melarikan diri dengan Harris. Harris terjatuh dan Nadia berjaya menangkap Harris. Melissa merayu agar Nadia melepaskan Harris. Nadia dan Lucas membawa harris pergi dan Melissa berjaya menangkap baju Ah Chai. Ah Chai bergelut dengan Melissa untuk melepaskan diri. Ah Chai tertembak Melissa dan Melissa mulai rebah. Pistol Ah Chai terjatuh di sisi Melissa

Babak : 22-A
Masa : (Luar) Siang
Lokasi : Depan Sekolah Tadika
Watak : Melissa/Harris/Nadia/Ah Chai/Lucas/Fareez/1 orang saksi wanita
Lakon Layar: Fareez baru sampai di tempat kejadian dan nampak Melissa terbaring di kaki lima jalan. Perutnya berlumuran darah. Kereta Nadia, Ah Chai dan Lucas pergi dengan lajunya. Harris melambai-lambai dari dalam kereta kepada Melissa dan Fareez. Fareez turun dari kereta dan mendapatkan Melissa yang terbaring. Fareez memegang pistol Ah Chai yang terjatuh di sisi Melissa. Seorang wanita ternampak dan menjerit. Melissa berbisik kepada Fareez supaya mendapatkan Harris kembali. Melissa menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan Fareez. Fareez letakkan pistol dan terus mengejar kereta Nadia.

Babak : 22-B
Masa : (Luar) Siang
Lokasi : Dalam Kereta Nadia
Watak : Nadia/Ah Chai/Lucas/Harris
Lakon Layar: Nadia memarahi Ah Chai kerana membunuh Melissa. Ah Chai mengatakan dia terpaksa membunuh Melissa kerana mahu melepaskan diri & Fareez semakin hampir. Mereka bertiga bertelagah sesama sendiri di dalam kereta. Harris terus menanggis ketakutan. Kereta mereka sampai di pejabat Tango.

Babak : 23
Masa : (Luar) Siang
Lokasi : Depan pejabat Tango
Watak : Melissa/Harris/Nadia/Ah Chai/Lucas
Lakon Layar: Nadia menyerahkan Harris kepada Ah Chai & Lucas. Ah Chai & Lucas membawa Harris masuk ke dalam. Nadia termenung seketika teringatkan peristiwa Melissa tertembak.

Babak : 24 (Flashback)
Masa : (Luar) Siang
Lokasi : Depan sekolah Tadika
Watak : Melissa/Harris/Nadia/Ah Chai/Lucas
Lakon Layar: Flashback Nadia dari dalam kereta melihat Ah Chai tertembak Melissa.

Babak : 25
Masa : (Luar) Siang
Lokasi : Depan pejabat Tango
Watak : Melissa/Ah Chai
Lakon Layar: Nadia tersedar dari lamunan apabila Ah Chai memanggil namanya. Ah Chai menyuruh Melissa masuk ke dalam kerana Tango mahu berjumpa. Nadia agak lambat untuk masuk dan masih terbayang-bayang bagaimana Melissa terbaring di kaki lima jalan. Dia seakan-akan bersalah.

Babak : 26 (Flashback)
Masa : (Dalam) Malam
Lokasi : Dalam klinik
Watak : Melissa /Nadia/Fareez/Doktor
Lakon Layar: Melissa sedang merawat luka di perut Nadia. Nadia hanya memerhatikan sahaja dan sesekali mengerang kesakitan. Fareez pula tertidur di kerusi sambil ditangannya masih menggengam erat pistol. Melissa meminta Nadia bersabar dan menasihatkan Nadia agar kembali ke pangkal jalan daripada menjadi penjenayah. Pada mulanya Nadia agak marah apabila dinasihati oleh Melissa tetapi lama kelamaan Nadia mula menjadi lembut dan tenang. Fareez tersedar dan mendapatkan Nadia. Fareez berpandangan dengan Melissa dan pandangan mereka bertemu antara mata dengan mata dan mereka berdua tersenyum bersama. Fareez memimpin Nadia dan membuat bayaran di kaunter Melissa. Doktor hanya memerhatikan dan takut.

Babak : 27
Masa : (Luar) Siang
Lokasi : Depan Pejabat Tango
Watak : Melissa /Tango
Lakon Layar: Melissa sekali lagi tersedar dari lamunan apabila namanya dipanggil. Nadia menoleh dan kali ini Tango pula yang memanggilnya. Nadia dengan pantas mengekori Tango masuk ke dalam pejabat.

Babak : 28
Masa : (Luar) Siang
Lokasi : Gudang Tinggal/Stor Lama
Watak : Fareez
Lakon Layar: Fareez sampai di tempat operasi Tanggo lama semasa dia menjadi samseng. Dia menjangkakan Tango masih menggunakan kawasan itu sebagai markas operasinya. Puas mencari-cari dia kepenatan dan terduduk di situ mengenangkan nasibnya yang kini menjadi buruan polis. Fareez terbayang-bayang wajah Melissa merintih menahan kesakitan. Wajah Harris melambai-lambai meminta dilepaskan. Lama kelamaan Fareez tertidur. (Cut to Mimpi Fareez)

Babak : 29 (Mimpi Fareez)
Masa : (Luar) Siang / Petang
Lokasi : Depan Sekolah Tadika
Watak : Fareez/Melissa/Harris/Rose/Datuk Tajuddin/Tango/Nadia/Ah Chai/Lucas/Fareez/1 Extra saksi wanita
Lakon Layar: Fareez sedang memangku Melissa yang kesakitan. Melissa tiba-tiba sahaja mati di pangkuannya. Harris datang dan melihat Melissa. Harris menuduh Fareez sebagai pembunuh. Rose & Datuk Tajuddin juga sampai dan menuduh Fareez sebagai pembunuh. Tango, Nadia, Ah Chai & Lucas sampai dan ketawakan Fareez. Tango memberitahu bahawa inilah akibatnya kalau mahu melawan arahan daripada Tango. Tiba-tiba saksi wanita datang dan memberitahu bahawa bukan Fareez yang membunuhnya. Saksi wanita menepuk-nepuk bahu Fareez yang seakan-akan sedang mengelamun. 
for enquiriy & full script: 
Contact : penulislayar@gmail.com
H/P : 016-9170302

Babak : 30
Masa : (Luar) Malam
Lokasi : Gudang Tinggal/Stor Lama
Watak : Fareez/1 Extra pemungut sampah
Lakon Layar: Pemungut sampah menggoyang-goyangkan bahu Fareez yang sedang lena tidur. Fareez tersedar dan terkejut. Fareez memandang sekeliling dan menyedari dia hanya bermimpi dan hari sudah pun gelap. Pemungut sampah marah kepada Fareez kerana mengambil tempat tidurnya. Fareez melihat jam dan jam sudah pukul 9.00 malam. Fareez bergegas meninggalkan tempat operasi lama Tango.

Babak : 31(Intercut)
Masa : (Dalam/Luar) Malam
Lokasi : Sekitar Bandar
Watak : Fareez/Tango
Lakon Layar: Fareez masih mencari-cari kereta Ah Chai. Di radio kereta, berita mengenai kematian Melisa telah tersebar. Fareez telah dituduh sebagai pembunuh dan sedang diburu. Handphone Fareez berbunyi dan tertulis “Unknown Caller”. Tango memberitahu di mana lokasi Harris berada. Fareez diminta datang untuk berbincang. Kereta Fareez laju melintasi beberapa kedai.

Babak : 32
Masa : (Dalam) Malam
Lokasi : Cafe
Watak : Datuk Tajuddin
Lakon Layar: Datuk Tajuddin mendail nombor Fareez. Di skrin tertera nama Fareez. Tapi tidak berjawab. Datuk mulai gelisah. Datuk mendail No Handphone Fareez sekali lagi. Masih tiada jawapan.

Babak : 33
Masa : (Dalam) Malam
Lokasi : Pejabat Tango
Watak : Tango/Nadia/Ah Chai/Lucas/Harris
Lakon Layar: Tango berbincang dengan orang-orangnya. Harris di sudut bilik sambil tangan terikat dan mulutnya bertampal dengan masking tape. Tango menghubungi Fareez.

Babak : 33-A (Intercut)
Masa : (Luar) Malam
Lokasi : Belakang Kedai
Watak : Fareez/Tango
Lakon Layar: Fareez sedang menunggu Rose. Handphone Berbunyi dan dengan pantas Fareez angkat. Fareez tersilap jangkaan kerana dia menjangkakan Rose yang menghubunginya. Tango marah kerana Fareez ingkar dengan arahannya dan meminta Fareez datang ke tempat lain pula. Fareez setuju tetapi mahu dengar suara anaknya.

Babak : 33-B (Intercut)
Masa : (Dalam) Malam
Lokasi : Pejabat Tango
Watak : Tango/Nadia/Ah Chai/Lucas/Harris/Fareez
Lakon Layar: Tango memberikan Handphonenya kepada Ah Chai. Ah Chai mengambil dan berjalan kepada Harris. Ah Chai membuka tampalan di mulut Harris. Harris menggigit tangan Ah Chai. Ah Chai tampar muka Harris dan menggosok-gosok tangannya yang sakit digigit oleh Harris. Harris ketakutan dan mula menanggis. Ah Chai menarik rambut Harris & meletakkan Handphone ke telingga Harris. Harris bercakap dengan Fareez. Ah Chai memberikan Handphone kepada Tango. Tango memberikan arahan agar Fareez melakukan satu tugas berbahaya jika mahukan anaknya selamat.

Babak : 33-C
Masa : (Luar) Malam
Lokasi : Belakang Kedai
Watak : Fareez/Beberapa orang Extra/Rose
Lakon Layar: Fareez mematikan telefon dan keluar dari keretanya. Fareez berjalan mundar mandir agak gelisah dan menjerit. Beberapa orang yang lalu di situ ketakutan dan lari. Kereta Rose sampai dan berhenti. Rose keluar dari kereta dan mendapatkan Fareez. Rose meminta Fareez menyerah diri. Fareez tidak mahu kerana dia tidak bersalah dan mahu membersihkan namanya serta menyelamatkan anaknya dengan tangannya sendiri. Rose bersetuju dan berjanji akan turut sama menyelamatkan Harris. Fareez dan Rose berpisah dengan kereta masing-masing menuju ke destinasi yang berasingan.

Babak : 34 (Intercut)
Masa : (Luar) Malam
Lokasi : Dalam kereta Fareez
Watak : Fareez/ Datuk Tajuddin
Lakon Layar: Handphone Fareez berbunyi dan tertera nama Datuk Tajuddin. Fareez menggunakan handfree dan mereka berdialog. Datuk Tajuddin akan berusaha membantu membersihkan nama Fareez.

Babak : 35
Masa : (Luar) Malam
Lokasi : Perkarangan Hotel/tempat Letak Kereta
Watak : Fareez
Lakon Layar: Fareez masuk ke dalam sebuah hotel. Fareez berhentikan kereta dan buka bonet kereta. Fareez ambil beg pakaian dan terus menuju ke dalam hotel.

Babak : 35-A
Masa : (Dalam) Malam
Lokasi : Lobby Hotel
Watak : Fareez/Polis/Extra.
Lakon Layar: Fareez masuk ke dalam hotel. Tiba-tiba 2 orang anggota polis masuk dan Fareez terpaksa berpura-pura menggunakan telefon di dalam hotel. Fareez menunggu sehingga anggota polis beredar. Apabila Anggota polis pergi Fareez terus duduk di kerusi dan berpura-pura membaca surat khabar.

Babak : 35-B
Masa : (Dalam) Malam
Lokasi : Lobby Hotel
Watak : Fareez/Pekerja Hotel
Lakon Layar: Fareez bertanya kepada pekerja hotel bilik yang ditempah khas atas namanya. Pekerja hotel memberikan kunci bilik dan sampul surat khas. Fareez mengambil kunci dan sampul surat.

Babak : 36
Masa : (Dalam) Malam
Lokasi : Dalam Lif
Watak : Fareez/Beberapa Extra
Lakon Layar: Fareez masuk ke dalam lif. Fareez membuka sampul surat di dalam lif. Dalam sampul surat ada gambar mangsa yang harus di bunuh iaitu ketua kongsi gelap kumpulan lain bernama Linggam. Fareez menjadi semakin gelisah. Fareez terpaksa membunuh demi menyelamatkan anaknya. Fareez menumbuk-numbuk dinding lif sehingga lif berhenti dan terbuka. Masuk beberapa orang dan melihat gelagat Fareez. Fareez buat-buat tak tahu sahaja. Lif terus naik ke tingkat bilik yang ditempah untuk Fareez. Pintu Lif terbuka dan Fareez terus keluar.

Babak : 37
Masa : (Dalam) Malam
Lokasi : Bilik Hotel
Watak : Fareez
Lakon Layar: Fareez masuk ke dalam bilik hotel. Fareez baling beg pakaian ke atas katil dengan marah. Fareez terbaring di katil. Terus mengelamun seketika bagaimana mahu membunuh Linggam.

Babak : 38 (Mimpi Fareez)
Masa : (Dalam) Malam/Siang
Lokasi : Panggung Wayang Pusat Membeli Belah
Watak : Fareez/Melissa/Harris/Linggam/2 orang pengawal peribadi Linggam
Lakon Layar: Fareez, Melissa dan Harris mahu menonton wayang. Melissa dan Harris menunggu di suatu sudut. Fareez beli tiket wayang dan sedikit makanan. Fareez menghampiri Melissa dan Harris. Tiba-tiba Fareez terpandang Linggam. Fareez mengekori Linggam dan beberapa orang pengawalnya masuk ke dalam sebuah kedai. Fareez sembunyi di suatu sudut dan keluarkan pistol. Apabila mahu menembak Linggam,Handphone Fareez berbunyi. Fareez biarkan telefon berbunyi. Pengawal pandang Fareez dan Fareez sembunyikan pistol. Linggam yang kenal Fareez suruh Fareez angkat telefon. Fareez ambil handphone dan di skrin tertera nama “Tango”. Cut to Bilik Fareez.

Babak : 39
Masa : (Dalam) Malam
Lokasi : Bilik Hotel
Watak : Fareez/Tango
Lakon Layar: Fareez tersedar dari mimpi. Handphone Fareez masih lagi berbunyi. Fareez meraba-raba di atas tilam. Tangan tercapai telefon. Fareez angkat dan terdengar suara Tango. Fareez dan Tango berdialog. Fareez Tanya mana Harris.

Babak : 39-A (Intercut)
Masa : (Dalam) Malam
Lokasi : Pejabat Tango
Watak : Tango/Nadia/Harris
Lakon Layar: Tango tembak ke tepi Harris. Harris mula menanggis. Suara Fareez agak kelam kabut bila terdengar Tango lepaskan tembakan. Tango memberikan arahan kepada Fareez. Tango menyuruh Fareez mengambil pistol di dalam tempat Flush tandas dan bunuh ketua samseng tepat jam 12 malam. 
for enquiriy & full script: 
Contact : penulislayar@gmail.com
H/P : 016-9170302

Babak : 40
Masa : (Dalam) Malam
Lokasi : Bilik Hotel
Watak : Fareez
Lakon Layar: Fareez matikan telefon dan berjalan ke arah tandas bilik hotel. Fareez membuka penutup Flush tandas dan terjumpa pistol di dalam plastik. Fareez ambil dan kembali ke katil. Fareez tengok jam menunjukkan pukul 23:50pm. Fareez mula berdebar berjalan mundar mandir di dalam bilik hotel. Sesekali Fareez membuka sedikit pintu bilik menjengah keluar dan melihat sekitar koridor hotel. Suasana tenang.

Babak : 41
Masa : (Dalam) Malam
Lokasi : Pintu Lif dan koridor Hotel
Watak : Fareez/Linggam/Seorang GRO
Lakon Layar: Linggam dan seorang GRO keluar dari pintu Lif. Mereka berdua begitu mesra. Mereka berdua menuju ke pintu bilik mereka. Linggam keluarkan kunci dan buka pintu bilik. Fareez membuka sedikit pintu biliknya dan memerhatikan gelagat Linggam. Linggam memerhatikan sekitar koridor tetapi tiada sesiapa. Linggam terus letak “Do Not Disturb” pada pintu bilik. Pintu terus tertutup rapat.

Babak : 42
Masa : (Dalam) Malam
Lokasi : Bilik Hotel Fareez
Watak : Fareez/Linggam/Seorang GRO
Lakon Layar: Fareez menutup pintu bilik dan dengan pantas menukar baju kepada pakaian pekerja hotel. Fareez ambil pistol dan pasang penyenyap bunyi. Terus keluar dan mengetuk pintu bilik Linggam. Linggam buka pintu. Fareez terus tendang pintu bilik dan Linggam Terjatuh. Fareez dan Linggam berdialog. Fareez minta maaf dan terus bunuh Linggam. Fareez terus keluar dari bilik dan masuk ke dalam lif.

Babak : 43
Masa : (Luar) Malam
Lokasi : Depan Sebuah Kedai
Watak : Rose/Ah Chai/Lucas
Lakon Layar: Ah Chai & Lucas keluar dari sebuah kedai dengan membawa bungkusan berisi makanan. Rose yang menunggu di dalam kereta hanya memerhatikan gelagat Ah Chai & Lucas. Lucas terus hidupkan kereta. Mereka berdua meninggalkan kedai. Rose terus mengekori kereta yang dipandu oleh Lucas.

Babak : 44
Masa : (Luar) Siang/pagi
Lokasi : Depan Pejabat Tango
Watak : Rose/Tango/Nadia/Harris
Lakon Layar: Rose tertidur di dalam kereta di tepi jalan. Tango keluar dari pejabatnya dengan mendukung Harris. Harris menanggis ketakutan. Nadia, Ah Chai & Lucas mengikuti dari belakang sambil membawa beg. Rose terjaga kerana terdengar suara Harris menanggis. Rose tundukkan kepala di dalam kereta. Kereta Tango pergi. Rose hidupkan kereta dan mengekori kereta Tango. Rose ambil Handphone dan hubungi Fareez.

Babak : 45
Masa : (Luar) Siang/Pagi
Lokasi : Dalam Kereta
Watak : Fareez/Rose
Lakon Layar: Handphone Fareez berbunyi. Fareez yang kepenatan dan kurang tidur, sedang tidur dengan lenanya. Fareez tersedar. Angkat telefon dan tengok nama “Rose” di skrin. Fareez jawab telefon dan berdialog. Fareez matikan telefon dan terus hidupkan kereta. Fareez terus pergi ke tempat yang Rose maksudkan.

Babak : 46
Masa : (Luar) Siang
Lokasi : Taman Bunga/Tempat Letak Kereta
Watak : Rose/Fareez
Lakon Layar: Rose sedang menunggu Fareez. Setelah beberapa minit Fareez sampai dengan keretanya. Fareez tergesa-gesa mahukan maklumat daripada Rose. Rose keluarkan makanan dan berikan pada Fareez. Fareez yang kelaparan terus makan. Rose keluarkan beg dari dalam bonet kereta dan berikan pada Fareez. Fareez buka beg dan ada baju. Fareez terus tukar baju. Tiba-tiba Handphone Fareez berbunyi. Fareez lihat di skrin nama Tango.

Babak : 47
Masa : (Dalam) Siang
Lokasi : Banglo Tango
Watak : Tango/Nadia/Ah Chai/Lucas/Harris/Beberapa orang pengawal
Lakon Layar: Tango sedang memberikan arahan kepada Fareez. Tango mahu Fareez mengambil duit dan dadah daripada kumpulan kongsi gelap Robert. Tango tidak mahu Fareez gagal kerana nyawa Harris akan melayang sekiranya Fareez tidak dapat mengambil duit dan dadah yang dimaksudkan.

Babak : 48
Masa : (Luar) Siang
Lokasi : Taman Bunga/Tempat Letak Kereta
Watak : Fareez/Rose
Lakon Layar: Fareez termenung seketika. Rose menghampiri Fareez dan cuba bertanya. Fareez terus mengamuk dan menghentak-hentak telefon sehingga pecah. Fareez memberitahu dia terpaksa melakukan satu lagi tugas bahaya. Rose termenung dan tersandar. Rose menyuruh Fareez menyerah diri dan biar polis yang uruskan Tango. Fareez tidak mahu menyerah selagi pembunuh isterinya tidak mendapat balasan darinya. Rose mendapat satu idea dan memberikan cadangannya. Fareez mendengar dengan penuh minat dan akhirnya bersetuju.

Babak : 49
Masa : (Dalam) Siang
Lokasi : Pejabat Datuk Tajuddin
Watak : Fareez/Rose/Datuk Tajuddin
Lakon Layar: Datuk Tajuddin mengeluarkan sejumlah wang dan letakkan di atas meja. Fareez tergamam melihat wang yang banyak di atas meja. Fareez tidak mahu menggunakan wang Datuk Tajuddin kerana telah banyak termakan budi tapi Datuk Tajuddin memaksa Fareez menggunakan wangnya. Datuk Tajuddin tersasul menyebut tidak mahu cucunya mati. Fareez yang terdengar mahukan penjelasan lebih lanjut tapi Datuk Tajuddin menipu kononnya teringatkan arwah cucunya. Datuk Tajuddin terus suruh Fareez pergi selamatkan Harris dengan segera dan tidak mahu duit itu kembali kepadanya. Fareez & Rose dengan pantas pergi meninggalkan Datuk Tajuddin. Datuk Tajuddin buka laci dan keluarkan gambar lama dia bersama isterinya, Datuk Tajuddin berdialog dengan gambar. 
for enquiriy & full script: 
Contact : penulislayar@gmail.com
H/P : 016-9170302

Babak : 50 (Flashback)
Masa : (Luar) Malam
Lokasi : Perkarangan Hospital/Klinik
Watak : Datuk Tajuddin muda/Fareez kecil/Extra Jururawat 2 orang
Lakon Layar: Dua orang jururawat melalui koridor hospital. Tiba-tiba mereka terdengar suara tangisan bayi. Mereka berdua mencari dan terjumpa dengan bayi tersebut. Salah seorang memeriksa bayi tersebut dan memberitahu bayi itu sihat dan kesejukan. Jururawat mengangkat bayi dan surat yang disarungkan ke dalam cincin bertanda “T” terjatuh. Seorang lagi jururawat mengambil surat yang bersarung di cincin dan membukanya. Jururawat membaca surat. Suara Datuk Tajuddin “Sesiapa yang terjumpa anak saya ini, tolonglah pelihara dia baik-baik. Isteri saya meninggal semasa melahirkan dia sebentar tadi. Nyawa saya dan bayi ini dalam bahaya. Kalau boleh, namakan anak saya ini Fareez kerana itu adalah permintaan isteri saya sebelum dia meninggal. Semoga tuhan membalas jasa baik anda. Terima kasih”. Jururawat pergi membawa bayi dan Datuk Tajuddin keluar dari tempat persembunyiannya. Datuk Tajuddin tertunduk dan terus menanggis. Cut to pejabat Datuk Tajuddin.

Babak : 51
Masa : (Dalam) Siang
Lokasi : Pejabat Datuk Tajuddin
Watak : Datuk Tajuddin
Lakon Layar: Datuk Tajuddin selesai mengerjakan solat. Dia menanggis dan menutup mukanya. Apabila tanggisannya reda, dia berdoa kepada tuhan agar menyelamatkan anaknya Fareez dan cucunya Harris.

Babak : 52
Masa : (Dalam) Siang
Lokasi : Satu sudut Banglo Tango
Watak : Nadia
Lakon Layar: Nadia menghubungi Fareez dan meminta Fareez jangan mengambil dadah dan duit di tempat kumpulan kongsi gelap yang Tango maksudkan. Dia tidak mahu Fareez terbunuh kerana kumpulan kongsi gelap itu sanggup berbuat apa saja demi menyelamatkan nyawa mereka. Nadia bersetuju untuk membantu Fareez mendapatkan kembali anaknya.

Babak : 53
Masa : (Luar) Siang
Lokasi : Banglo Tango
Watak : Rose/Fareez/Nadia
Lakon Layar: Fareez dan Rose sampai di hadapan banglo Tango. Nadia sudah menunggu di hadapan pintu pagar. Fareez berhentikan kereta. Nadia berikan dua buah beg. Fareez buka satu beg dan lihat beberapa bungkusan berisi dadah. Satu beg lagi penuh berisi duit Tango yang dicuri oleh Nadia. Fareez tutup beg dan Tanya mana Harris. Nadia beritahu Harris selamat dan akan pastikan Harris kembali ke pangkuan Fareez. Nadia suruh Fareez pergi ke tempat yang disuruh oleh Tango secepat mungkin. Fareez dan Rose meninggalkan banglo Tango.

Babak : 54
Masa : (Dalam) Siang
Lokasi : Tempat letak kereta
Watak : Fareez / Rose.
Lakon Layar: Fareez dan Rose sampai di bangunan yang disebutkan oleh Tango. Fareez membuka bonet kereta dan mengeluarkan beg berisi duit. Beg berisi duit yang diberikan oleh Datuk Tajuddin tidak disentuh oleh Fareez. Fareez menaburkan duit yang diberikan oleh Nadia ke dalam bonet kereta. Beg yang telah kosong hanya diletakkan sampah-sampah dan surat khabar lama agar nampak berisi. Fareez mengambil beg kosong dan beg berisi dadah. Fareez terus mengunci bonet kereta. Fareez berikan kunci keretanya kepada Rose. Rose agak tergamam dengan tindakan Fareez. Fareez meminta Rose menjaga Harris sekiranya dia mati. Fareez meminta Rose membesarkan Harris dengan duit yang ada. Fareez menyuruh Rose meninggalkan tempat itu. Rose terus bawa kereta Fareez pergi.

Babak : 55
Masa : (Dalam) Siang
Lokasi : Balai Polis
Watak : ASP Kamal / Extra Unit Tindakan Khas
Lakon Layar: ASP Kamal menerima panggilan telefon daripada Rose. Rose meminta bantuan daripada Unit Tindakan Khas untuk menangkap Tango dan orang-orangnya. ASP Kamal meletakkan telefon dan terus menyuruh orang-orangnya bersiap dan bertindak.

Babak : 56
Masa : (Luar) Siang
Lokasi : Atas sebuah bangunan.
Watak : Fareez
Lakon Layar: Fareez telah sampai di atas bumbung bangunan. Fareez mencari-cari Tango dan memanggil nama Tango. Fareez melihat jam di tangannya dan masih ada 15 minit lagi. Fareez mencari tempat berlindung dan berehat. Fareez yang keletihan tertidur.

Babak : 57
Masa : (Luar) Siang
Lokasi : Atas sebuah bangunan.
Watak : Tango / Nadia / Ah Chai/ Lucas / Harris / 4 orang extra bodyguard Fareez
Lakon Layar: Tango dan orang-orangnya sampai. Fareez terjaga dari tidur apabila namanya dipanggil. Fareez keluar dengan memegang dua beg di tangannya. Tango meminta Fareez memberikan beg kepadanya. Fareez tidak mahu selagi Harris tidak dibebaskan. Tango meminta Nadia membawa Harris kepada Fareez. Nadia memikul Harris dan membawanya kepada Fareez. Nadia mengeluarkan pistol dan mengacukannya kepada Fareez. Fareez hanya memandang kepada Nadia. Apabila Nadia sampai, Fareez dengan ketangkasannya berjaya merampas pistol Nadia. Fareez menjadikan Nadia sebagai pelindungnya. Tango dan orang-orangnya bersedia untuk menembak. Fareez membawa Nadia dan Harris ke tempat yang terlindung. Tunjukkan aksi Fareez berbalas tembakan dengan Tango dan orang-orangnya. Fareez yang memang terkenal dengan kecekapannya menembak hanya memerlukan satu peluru untuk satu musuh. Satu demi satu orang-orang Tango tewas dan mati. Kini hanya tinggal Tango dan Fareez sahaja dengan masing-masing memegang pistol yang tidak berpeluru. Setelah berhadapan dan bertentang mata, mereka beradu kekuatan dengan tangan pula. Fareez yang betul-betul marah kepada Tango yang mengakibatkan kematian isterinya telah membelasah Tango sehingga lemah tidak berdaya untuk melawan. Akhirnya Tango menyerah kalah.

Babak : 58 (Konti babak 57)
Masa : (Luar) Siang
Lokasi : Atas sebuah bangunan.
Watak : Fareez /Tango / Nadia / Ah Chai/ Lucas / Harris / 4 orang extra bodyguard / Rose / ASP Kamal & Unit Tindakan Khas.
Lakon Layar: Rose, ASP Kamal dan Unit Tindakan Khas sampai dan memberkas Tango dan Nadia. Tango dan Nadia digari. Fareez mengucapkan terima kasih kepada Nadia kerana bekerjasama dengannya, Nadia hanya tersenyum dan berkata dia berbuat demikian adalah kerana rasa cintanya kepada Fareez selama ini. Fareez memandang tepat wajah Nadia. Nadia dan Tango yang cedera parah dibawa pergi. Fareez memeluk anaknya Harris dengan erat. Harris begitu gembira dapat berjumpa dengan bapanya semula.

Babak : 59
Masa : (Luar) Siang
Lokasi : Hadapan Balai Polis.
Watak : Fareez / Harris / Datuk Tajuddin / Rose
Lakon Layar: Datuk Tajuddin, Fareez dan Harris keluar daripada balai polis. Mereka terserempak dengan Rose yang mahu masuk ke dalam balai polis. Harris yang masih teringatkan mamanya telah tersasul memanggil Rose sebagai mama. Rose hanya tersenyum. Fareez tertunduk malu. Datuk Tajuddin berkata bahawa Fareez dan Rose amat sesuai kalau hidup bersama. Datuk Tajuddin mahu melihat cucunya membesar dengan penuh belaian kasih sayang seorang ibu. Datauk Tajuddin berharap agar Rose setuju menjadi isteri Fareez. Rose dan Fareez berpandangan dan keduanya tersenyum.
TAMAT
TOTAL SCENE = 71
for enquiriy & full script: 
Contact : penulislayar@gmail.com
H/P : 016-9170302

1 comment:

  1. Komen tentang cerita ini dialu-alukan. Anda juga dipelawa untuk menghantarkan sinopsis cerita anda di blog ini.

    ReplyDelete