Search This Blog

23 September 2010

Apa perlu ada dalam Skrip

(1) Tagline wajib ditulis, contoh: Wanita itu tahu suaminya mempunyai kekasih tetapi dia pura-pura tidak tahu.

(2) Dalam satu cerita ada 1 plot utama dan maksimum 3 subplot. Subplot adalah "Pada waktu yang sama..." dan menjawab pertanyaan: Mengapa, mengapa, mengapa.

(3) Subplot menghasilkan konflik.

(4) Plot utama dan semua subplot mesti ada penyelesaian. "Akhirnya..."

(5) Cara mencipta twist: Yakinkan penonton bahawa A adalah A, baru masukkan twist.

(6) Jumlah watak utama maksimum 3 orang. Sediakan maklumat latar belakang berkenaan setiap watak utama.

(7) Jumlah scene adalah antara 60 - 75, dengan 50% adalah scene subplot. Scene adalah kejadian yang berlaku pada satu masa di satu tempat.

(8) Treatment adalah deskripsi scene tanpa dialognya. Yang ada hanya watak dan action watak. Bagi setiap scene tuliskan EXTERIOR/INTERIOR dan PAGI/PETANG/MALAM.

(9) Semakin kurang dialog, semakin bagus drama itu.

(10) Subteks memberi makna tersirat. Contoh subteks visual: 
      (a) Garfu dalam filem "Ibu Mertuaku".
      (b) Scene yang menunjukkan beca usang dengan bendera Malaysia                      masih terpasang.

No comments:

Post a Comment